Siapa yang tidak tertarik dengan wangian? Minyak wangi atau perfume bukan sahaja membuatkan anda berasa segar sepanjang hari namun ia juga mampu menyebabkan seseorang tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Wangian yang harum dan segar umpama aromaterapi bagi si pemakai dan adalah penting bagi seseorang untuk menjaga penampilan diri seiring dengan sunnah Rasulullah yang suka akan wangi-wangian dan penjagaan diri agar sentiasa bersih dan suci. Oleh itu umat Islam telah sedia maklum betapa sinonimnya kebersihan dan kesucian itu dengan ibadah seharian.
Kita tidak perlu minyak wangi yang mahal untuk tampil menawan sepanjang hari. Mahal atau murah minyak wangi bukanlah persoalan yang penting. Bau wangian yang natural dan sederhana lebih memberikan impak yang tidak keterlaluan bagi si pemakai dan juga persekitarannya. Selain berasa nyaman, kita juga mahu orang sekeliling berasa selesa berdamping dengan diri kita. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips penjagaan minyak wangi yang betul agar wangiannya tahan lebih lama, tidak rosak dan menjimatkan wang saku anda daripada membeli pewangi dengan kerap.
1. Elakkan Tempat yang Lembap.
Persekitaran yang lembap tidak sesuai sebagai tempat penyimpanan minyak wangi. Anda tentu merasakan menyimpan minyak wangi di bilik air bersama dengan barang kosmetik yang lain adalah lebih praktikal dan mudah, betul? Salah! Persekitaran yang lembap seperti bilik air merupakan sarang pembiakan bakteria dan sekaligus bukanlah lokasi yang sesuai untuk menyimpan minyak wangi anda.
2. Beli dalam bekas yang kecil
Anda mungkin sangka membeli minyak wangi dalam bekas yang besar adalah lebih menjimatkan. Namun hakikatnya intensiti aroma minyak wangi tersebut akan mula berkurang apabila anda telah menggunakannya sehingga separuh botol. Ini kerana udara dalam botol tersebut akan mengoksida baki minyak wangi di dalamnya.
3. Pastikan minyak wangi ditutup sempurna
Minyak wangi yang berasaskan alkohol meruap lebih cepat dan menjejaskan aromanya jika dibiarkan terdedah dalam tempoh yang lama. Jangan sesekali biarkan minyak wangi anda tanpa penutup.
4. Simpan minyak wangi di dalam kotak
Minyak wangi yang baru biasanya dibungkus dan dijual bersama dengan kotak. Kotak ini biasanya direka dengan cantik dan elegan bukan saja-saja. Ia berperanan untuk melindungi botol minyak wangi daripada terdedah kepada sinaran matahari secara terus mahu pun suhu panas. Oleh itu adalah wajar sekiranya kita terus menggunakannya sebagai kotak penyimpanan minyak wangi tersebut agar aroma wangiannya kekal segar seperti baru dibeli.
5. Simpan di tempat yang gelap
Walaupun koleksi minyak wangi anda nampak menarik jika diatur di atas meja solek, namun anda boleh melupakan gaya dekorasi ini sama sekali. Sinaran matahari dipersekitaran akan memecahkan molekul perfume dan merosakkan aroma minyak wangi anda. Adalah lebih sesuai sekiranya anda menyimpan botol-botol minyak wangi anda di tempat yang gelap dan kering seperti di dalam laci atau pun almari.
Demikian adalah tips penjagaan asas minyak wangi agar tahan lebih lama. Semoga bermanfaat untuk semua. :)
HK PERFUME: Tanpa alkohol, wangian inspirasi daripada perfume berjenama, tahan lama dan disediakan dalam saiz yang kecil dan comel mudah untuk travel. Murah dan berbaloi!
5 pilihan perfume lelaki dan wanita paling wangi dan popular buat mereka tampil lebih yakin.
Anda boleh mendapatkan pati perfume HK anda di sini:
Perfume Lelaki:
🗼Versace Eros
🎩Dunhill Blue
👞Blue de Chanel
👔Hugo Boss Red
🏇Polo Sport
Perfume Wanita:
💜Forbidden Rose by Arvil Lavigne
💛Bombshell by Victoria Secret
💚Sweet Vanilla by Bodyshop
💙Midnight Fantasy by Britney Spears
💖Flora Gucci by Guccihttps://shopee.com.my/assyanteur?smtt%3D0.0.9
https://shopee.com.my/assyanteur?smtt%3D0.0.9
https://ASSYAnteur.wasap.my
https://ASSYAnteur.wasap.my
https://ASSYAnteur.wasap.my
Comments
Post a Comment